Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya.Ketika itu guru itu sedang mengajar mengenai kasih sayang.
PELAJAR: "Cikgu macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik, seseorang yang PALING kita sayang?Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"
CIKGU: "Ok..Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas."
Apabila pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?
PELAJAR: "Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang PALING cantik. Memang ada yang banyak, tapi cikgu kata petik yang PALING cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang PALING cantik. Mungkin ada di antara belakang saya tadi yang PALING cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik."
CIKGU: "Ya itulah jawapannya. Maknanya apabila kita da jumpa seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang ada di depan kita sebaiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang telah berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak akan berulang lagi. Dan ingatlah yang PALING kita sayang itulah yang PALING cantik dan PALING baik. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi..